|
Syarat-syarat Untuk Menjadi Agen
|
Kelayakan untuk menjadi Agen
- Berumur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia / Bertaraf Penduduk Tetap Yang Sah
- Boleh dihubungi melalui SMS dan Emel (Lebih baik. Kalau tiada akses
internet, sila dapatkan bantuan rakan)
Cara untuk menjadi Agen
- Mengisi borang PENDAFTARAN AGEN/DEALER melalui Borang Pendaftaran
Agen/Dealer yang disediakan di laman web AMANA2U.BIZ
- Selepas mendaftar sila SMS
"RAKANNIAGA" kepada 0163104249
- Anda akan diberikan NAMA PENGGUNA
dan KATA LALUAN - sila login di lamanweb agen dan
kemaskinikan maklumat anda.
Terma dan syarat:
- AMANA2U.BIZ adalah Portal
Pengedaran Bebas.
- AMANA2U.BIZ bukan anak syarikat kepada
mana-mana syarikat, pengeluar, penerbit, pengiklan (selepas
ini di panggil "pembekal") dan adalah bebas
dari apa-apa tuntutan yang di kenakan ke atas pembekal oleh mana-mana
pihak sekalipun.
- AMANA2U.BIZ juga berhak untuk menjual produk-produk lain dari mana-mana
syarikat.
- Agen akan diberikan nama pengguna dan password untuk mengakses LAMANWEB
AGEN selepas membuat pembelian pertama.
- Harga yang ditawarkan untuk agen adalah harga yang ditetapkan oleh
AMANA2U.BIZ dan tidak tertakluk kepada mana-mana harga yang ditawarkan oleh
pihak lain.
- Kadar keuntungan adalah dari 10% dan ke atas ... bergantung kepada jenis
produk.
- Nama dan maklumat Agen akan dipaparkan di laman web AMANA2U.BIZ.
Anda boleh memilih untuk tidak disenaraikan jika anda mahu.
- Agen akan diberi hak untuk menjual semua produk yang diiklankan oleh
AMAN2U.BIZ.
- Agen adalah wakil bebas kepada AMANA2U.BIZ dan AMANA2U.BIZ tidak
bertanggungjawab di atas tindakan undang-undang yang dikenakan kepada Agen.
- Agen berhak memberi diskaun atau mengenakan caj-caj tambahan ke atas
pelanggan masing-masing.
- Segala urusan pos adalah ditanggung oleh Agen.
- Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah di antara AMANA2U.BIZ dan Agen
sahaja.
- AMANA2U.BIZ berhak mengenakan atau menambah terma dan syarat sekiranya
perlu dari masa ke semasa.
PERHATIAN
- AMANA2U.BIZ adalah laman web persendirian.
- AMANA2U.BIZ tidak berkepentingan dan tidak terlibat dalam mana-mana
parti politik atau badan-badan politik di dalam negara mau pun di luar
negara.
- Agen yang telah membuat PEMBELIAN PERTAMA akan diberi USERID dan
PASSWORD untuk mengakses KATALOG KHAS UNTUK AGEN
|
|